ARSENAL

ARSENAL

Rabu, 7 September 2011

hahahah ingat lagi??

ai mySWEETheat...dah dua tahun kite b'same,dah banyak kali ko disakiti oleh aku sejak kali p'tama kite b'same..mcam2 wanita yg aku skandal dan b'cinta tapi ko dari yg lain...ko still ngan aku,wlupon kite baru celebrate anniversary ade plak KES baru sblom pose ari tu....Bangkainya tapikan aku pelik la....semenjak dari ari u aku dah dapt lupe kan die 89% dalam masa 2 years...hahaha cam palat je...korang ingat senang nak lupakn orang yg kita pernah cinta dan khianati dulu,maafkan ku.. ko jadi mangsa kekejaman  aku ketika b'sama aku dulu...time tu aku masih anti-PEREMPUAN pasal kes 3 tahun yg lepas pnye hal...sekarang aku cuba untk setia ngan kamu wahai bakal isteriku...kerana ko seorang je dapat susah senang ngan aku,same naik sama jatuh...setiap kali ko b'sama aku,aku rase hidup indah tnpa ada gangguan dari mana2 pihak...mama ,papa,mak & abah pon restu hbungan kite...tak sabar nak naik pelamin &duduk dirumah baru...semenjak dua menjak nie aku dah sedar diri yang aku tak boleh b'foya2 lagi..cintaku hanya padamu ku serahkan segalanya...hahha sekarang nie aku dah PROFESSIONAL  ketika m'hadap customer.. untung aku dapt ko wahai permaisuri hidup ku.... SITI MAHANI BTE ROSLI





Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

PUTUS

Ini ialah untuk sedih. Saya faham perasaan awak. Kosong, mengkhianati , dan tanpa kegembiraan apa-apa. Anda tidak hendak tergelak, kerana anda tahunya tidak akan ke membantu, tetapi anda tidak hendak menangis, kerana ia akan hanya membuat anda rasa lebih teruk. Anda rasa ingin jantung anda berpecah belah, tetapi bukan sahaja bahawa, tetapi anda tahu kelak kehidupan anda ialah akan rasa inginnya berpecah belah juga. Anda tidak fikirnya akan akhir , dan tidak kira apa orang ini telah diapa-apakan anda, ia rasa mustahil berhenti menyayangi mereka. Dan semua orang hairan mengapa jika mereka pernah menyakiti anda terlalu banyak, maka kenapa anda masih sayangkan mereka. Itu bahagian mengelirukan, anda entah mengapa, anda hanya buat , dan orang ramai yang mencederakan anda paling , dan biasanya yang anda mencintai paling. Dan kemudian, selepas beberapa minggu, anda akhirnya berasa berasa lega, seperti anda mendapat gembira semula, tetapi anda mengetahui di dalam yang anda adalah baru pergi ke dalam penafian. Dan selepas satu beberapa lagi minggu-minggu, anda kembali ke mana anda satu jiwa kosong dan mata berair. Anda berfikir anda melepasi mereka, tetapi benar-benar, anda hanya berhenti paparan ia. Dan anda tidak dapat menolong tetapi kepada menunjukkannya sekali lagi. Ia meninggalkan perasaan cedera yang mendalam pada jantung anda yang sana selama-lamanya. Dan tiada siapa faham bagaimana perasaan anda , dan bagaimana dalamnya anda dilukai, tidak kira yang mereka ialah, kerana ia tidak berlaku kepada mereka And sekalipun ia mempunyai, setiap hati hancur berbeza. Mereka tidak tahu kesakitan benar anda berasa dan membawa setiap dan setiap hari sekarang, jadi anda belajar yang pada asasnya anda bersendirian dengan semua sebegini. Dan perasaan bermula untuk menyesakkan anda , dan tiba-tiba anda bahagikan sahaja, betul sana, kerana anda tahu anda telah mendapat cukup, air mata hanya serta-merta mula mengalir , dan anda akan titik di mana anda tidak peduli yang melihat. Kerana anda telah membelanjakan begitu banyak malam-malam baring sedar di katil , dan begitu banyak hari-hari dihantui oleh parut-parut luka dan ketakutan penolakan. Dan dalam semua air mata ini, kamu tahu itunya bukan membantu mana-mana , dan ia tidak akan membawa mereka kembali, kalau anda pernah malah mempunyai mereka dari awal lagi. Selepas kira-kira juta air mata telah ditangisi, anda akhirnya menarik diri anda kembali bersama dan teruskan. Tekak anda bermula untuk mengepal dan mata anda membakar dengan air mata anda mencuba untuk menghalang. Semua orang kata, "Ia akan okey…” Tetapi anda tahunya tidak akan. Dan itu ialah perkara sebenar, ia tidak akan. Dan anda mengenang kembali kesemua luka anda mempunyai dari ini , dan anda menyedari yang orang buruk. Anda masih mencederakan, tetapi anda telah mempelajari untuk menyembunyikannya supaya semua orang berpendapat anda okey. Jadi sekarang setiap masa begini orang ini, anda tahu anda masih sayangkan mereka , dan anda berasa satu berdenyut-denyut sedikit di hati anda rindukan untuk mereka kasihkan anda, mengherdik, kecuali beberapa sebab mereka tidak mendengarnya. Dan kemudian anda berdiam diri dan takjub bagaimana satu orang mungkin telah menyebabkan kesemua sebegini. Apa betul-betul ialah patah hati? Patah hati memaksa diri anda menggantungkan telefon selepas kamu telah putar pertama tiga digit-digit bagi nombor telefonnya. Patah hati ialah sejuk, berbual perasaan anda menerima apabila anda mendengar nama beliau. Patah hati ialah apabila anda adalah menangis diri anda tidur setiap malam walaupun menangis semakin bertambah setiap pagi. Patah hati memandang sekilas gambar-gambar dua daripada anda , dan kemudian berpusing dengan cepat perhatian anda bagi sesuatu yang lain mengelak air mata anda. Patah hati menjerit dan meminta satu peluang kedua di dalam, tetapi tidak mampu mengatakannya keluar kuat. Patah hati ialah kekosongan dan jantung memulas perasaan anda bertemu apabila begini dia dengan gadis lain. Patah hati adalah mengetahui bahawa tiada perkara apa anda buat atau berkata bagi diri anda, anda kayu racik mengusik jantung anda supaya percaya bahawa anda akan malah jadi "okey." Patah hati mendengar yang satu lagu yang membuat anda rosak, pada mengulangi. Patah hati ialah apabila anda pergi dari senyum tidak boleh dikawal setiap masa anda nampak beliau untuk air mata tenang setiap masa seseorang menyatakan nama beliau. Patah hati ialah apabila anda cuba elakkan dia tetapi tamat pergi daripada cara anda hanya untuk mendapatkan ternampaknya sekali imbas. Patah hati ialah apabila anda tahu anda telah tercedera, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menetapkannya. Patah hati ialah apabila anda akhirnya menyedari yang dia mempunyai segala-galanya anda perlu dan pada masa yang sama menyedari dia satu perkara anda tidak boleh ada. *i ingat apabila i berkaitan dengan itu.

Selasa, 6 September 2011

TELUR REBUS

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...

PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:habih :.

Isnin, 5 September 2011

Tukang jual

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor
atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

.

Ujikaji

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Rabu, 24 Ogos 2011

JOM SOROTI SEJARAH siri 02
Siri 02 – Mandat British

Sebelum bermula, buat siapa yang belum meredam diri dengan siri yang pertama, mohon semak siri ke-1 (Perang Dunia Pertama) dan baca. Ianya penting untuk anda nampak dengan jelasflow atau corak yang berlaku sebelum meneruskan ke siri ke-2. Terima kasih.

Gabungan Bavarian (Turki,Jerman,Austria) telah mengalami kekalahan di mana Kuasa Berikat(British,Perancis dan Rusia) merayakan kemenangan dan lebih menyedihkan lagi mereka telah menerobos masuk ke Tanah suci Palestin dan mencemar kesucian Al-Aqsa. Sila soroti peristiwa di bawah ini:

1. Perkara PERTAMA yang Kuasa Berikat buat selepas menundukkan Kuasa Bavarian ialah membentuk apa yang dikenali sebagai mandat (mandate) bertujuan untuk mengambi alih ‘tanah-tanah jajahan’ Jerman dan Turki yang ditawan semasa peperangan.

2. Sistem mandat dibentuk pada tahun 1919, yakni 2 tahun selepas British memasuki Baitul Maqdis dan berjalan di bawah pengawasan Liga Bangsa-Bangsa (League of Nation) sebelum diteruskan oleh PBB selepas Perang Dunia ke-2 (WW2).

3. Walaupun pengawasan ‘tanah-tanah jajahan’ ini adalah dibawah Liga Bangsa-Bangsa,NAMUNsecara realitinya Kuasa Berikatlah yang menguasai wilayah tersebut. Palestin dan Iraq diletakkan di bawah mandat British manakala Syria diletak dibawah mandat Perancis.)

Pecahan negara jajahan Bersekutu

4. Pada masa yang sama, kekalahan Turki Uthmaniyyah dan kelahiran sistem mandatmerupakan saat-saat yang ditunggu oleh Zionis dalam usaha untuk menubuhkan Negara Yahudi yang merdeka dan berdaulat.

 Siapa Zionis ? – gerakan Zionis Yahudi bermula dengan rasminya pada tahun 1897 di Basle, yakni22 tahun sebelum British berjaya memasuki Baitul Maqdis. Pengerusi pertamanya ialah Theodor Herzl. Matlamat pertubuhan ini dapat digambarkan melalui petikan ini:

Inilah dia Theodor Herzl

5. Kenapa Zionis begitu menunggu saat kejatuhan khilafah? Kerna usaha awal mereka untuk membeli Palestin dari kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak Berjaya. NAMUN, sinar harapan muncul kembali untuk merealisasikan impian mereka selepas British merampas Palestin pada 1917.

Jadi dari siri ke-2 yang ringkas ini, ternyata British memperoleh kelebihan dengan menguasai Palestin dan pasti persoalan dan plot yang lebih menarik akan menyusul pada siri yang akan datang. Adakah British senang-senang mahu menyerahkan jajahan mereka pada Zionis? Nantikan.

Rujukan: ISRAEL- kenapa dunia tidak boleh mengiktirafnya, karya PM Dr Hafidzi Mohd Noor

Belajar Sejarah Sebenar Kita 03


JOM SOROTI SEJARAH siri 03

Siri 03 – Deklarasi Balfour



Zionis mula merasakan bahawa matlamat mereka untuk menubuhkan negara Yahudi di Palestin semakin cerah sebaik sahaja British berjaya merampas Palestin dari kekuasaan Turki Uthmaniyyah. Maka lanjutan dari peristiwa tersebut, pelbagai helah mula dicanang dan direka agar penguasaan Palestin dapat dilakukan dengan penuh licik dan berkesan.

Anda harus lihat semua perancangan ini ibarat sedang benar-benar menonton filem, plot-plot yang direka sesuai dengan kehendak semasa supaya masyarakat dunia dikaburi dengan matlamat sebenar ‘pengarah’ filem ini – si Zionis+sekutunya.

(Buat sesiapa yang belum menghadam siri 01 + 02, mohon telaah tajuk tersebut atau anda mungkin tidak dapat menghayati sepenuhnya filem sejarah ‘blockbuster’ ini)

1. Ketika mana British mengambil alih Palestin, penduduk Yahudi hanya berjumlah kira-kira 60,000 orang bersamaan 10% dari penduduk keseluruhan.

2. Objektif/matlamat utama Zionis ialah menubuhkan bagi yahudisebuah Negara yang sah secara umum dan legal di Palestin. Persoalan lantas timbul, mana mungkin Negara Yahudi wujud dengan bangsa Arab majoriti penduduknya? Pasti tempang plot cerita ini. Dan kita semua maklum dari awal lagi plot drama ini berlansung, British sememangnya sehaluan dengan objektif-objektif Zionis.

3. Lantas kerajaan British telah meluluskan satu deklarasi yang terkenal di dalam sejarah iaitu ‘Deklarasi Balfour’. Tujuan adalah untuk menggalakkan bangsa Yahudi di Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin secara besar-besaran.

4. Deklarasi Balfour ini sebenarnya ialah sepucuk surat yang dikemukakan oleh Author Balfour yang merupakan Setiausaha Luar Kerajaan British kepada Lord Rothschild yang merupakan tokoh dan penaja kepada gerakan Zionis selepas mendapat restu Perdana Menteri Britain, George Lloyd dan diluluskan oleh kabinet Britain.

 
Ini adalah watak-watak penting dalam menjayakan Deklarasi Balfour


• Surat yang ditulis pada 2 November 1917, sejurus British mamasuki Baitul Maqdis:

Saya merasa amat sukacita di dalam menyampaikan, bagi pihak kerajaan (British), pernyataan simpati terhadap aspirasi Yahudi Zionis yang telah dikemukakan dan diluluskan oleh kabinet. Kerajaan berpandangan menyokong pembentukkan di Palestin sebuah negeri bagi penduduk Yahudi, dan akan berusaha sedaya mungkin untuk merealisasikan hasrat ini, dengan kefahaman tiada sesuatu dilakukan yang akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan masyarakat bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak dan status politik yang dinikmati oleh orang Yahudi di Negara lain. Saya amat berbesar hati jika deklarasi ini dibawa ke pengetahuan Pertubuhan Zionis.”
Yang benar
Arthur Balfour

5. Ini bukti jelas penglibatan Britain di dalam merealisasikan cita-cita Zionis di Palestin.

Adakah ada terlintas di benak anda, MENGAPA British begitu bersungguh-sungguh untuk membantu Zionis dalam memastikan pembentukkan Negara Yahudi di Palestin tercapai?

Mengapa tidak British sahaja yang menguasai Palestin dan mengaut segala hasil bumi yang diberkati lagi subur ini?
Nah baguslah jika anda mewujudkan persoalan itu di minda anda kerna kita akan dedahkan lebih lagi perkara pokok yang mendorong British bertindak sedemikian di siri AKAN DATANG.

Rujukan: ISRAEL- kenapa dunia tidak boleh mengiktirafnya, karya PM Dr Hafidzi Mohd Noor

 
warkah Author Balfour

Selasa, 16 Ogos 2011

Best2

tadi gua kuar g T..S(the store je)...huhuhu name nak gempak je.ok b'balik pd cite yg asal...gua g sane nak byar bil elektrik,bil air dan road moto kete gua..gua bley nampak ex gua(macam ramai je aweks???)tapi gua ngan die dah 3 tahun putus,pasal???dua2 carik pasal..haahaha time gua jalan2 dgn otak yg kosong dan hati yg bgai dicicang ngan beberapa problem yg gua kne hadap sejak dua menjak nie...die tegur gua,gua nie dah la xpakai spek mata mmg t'batas je p'lihatan...die ckap aku sombong,yg sokcai ye die nie dah la tgur gua tapi salam xbg...gua diam je,last2 die tnye ble nk kawin???hah!!!!! perhhhhh soalan yg tak pernah aku byangkn,gua ingt die nk tnye khbar ke ape ke,nie x soalan 2 die tnye kat gua...adooooiiiii sochai karena,gua pon senyum jelah...gua ckp ngan die mne dapt citer nie??xde angin xde ribut t'tibe je smpai citer nie..tgah2 sembg ngan die,t'tibe aku t'ingt kate2 ku pd die suatu ketika dlu yg aku akn anggp die xpnh wjud dn xpnh knl sape die(EGO an),hati aku mula trase parut kmbali t'luka..mkin m'bara rse hati,gua b'tnyakn soaln bdoh pd die...awk nie sape ek????(dgan muke yg b'kerut) die t'gamam,panik dan malu...sory la sy nie cpt lpe...(dgn snyuman yg sinis)..die pon ckp sy la _ar_h(dgn pnuh konfiden)..aku pon ckp Maaf sy xingt awk sape,maafkn sy ye...pastu aku blah mcam 2 je,aku biarkn die b'main dgn soaln2 aku..aku snyum lebar...Lagi Best...!!!!lu kne ngan gua...hahahahaha

Ahad, 14 Ogos 2011

THE BEST FRIENDS

“Everyone has a "best friend" during each stage of life-only a precious few have the same one.”

“My best friend is the one who brings out the best in me.”

“True friends are like diamonds, precious and rare. False friends are like leaves, found everywhere.”

“A best friend is like a four leaf clover, hard to find and lucky to have” The best friend will probably acquire the best wife, because a good marriage is founded on the talent for friendship”

“The best vitamin for making friends: B1”

“To have a good friend is one of the highest delights in life; to be a good friend is one of the noblest and most difficult undertakings.”

“A true friend is one who overlooks your failures and tolerates your success.”

“You can always tell a real friend; when you've made a fool of yourself, he doesn't feel you've done a permanent job.”

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W




"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.





Khamis, 11 Ogos 2011

Kita lebih suka... daripada...

Kita lebih suka mengucapkan "Hai" atau "Hello" atau "Bye" berbanding "Assalamualaikum"..

Kita lebih suka mengucapkan "Yes!" daripada "Alhamdulillah"..

Kita lebih suka mengucapkan "Oh My God!" daripada "Subhanallah"..

Kita lebih suka berkata "Aku taknak mati lagi. Aku belum kahwin." daripada "Amalan aku ni cukup ke tak kalau aku mati awal?"

Kita lebih suka berkata "Ala.. Dah tua nanti taubat la." daripada "Mati tu bila-bila masa je. Baik aku bertaubat."

Kita lebih suka tengok handphone terlebih dahulu sejurus bangun tidur, daripada baca doa selepas bangun daripada tidur.

Kita lebih suka membazirkan wang untuk benda-benda yang tak berfaedah, daripada bersedekah.

Kita lebih banyak mencarut, daripada memuji kebesaran Allah.

dan macam-macam lagi la kalau kita perasan. Sekadar renungan.

Apa yang diorang kata kat aku?

Kalau kita puji perempuan tu cantik, dia akan ingat untuk sementara sahaja. Tapi kalau kita kata perempuan tu hodoh, dia akan ingat kata-kata kita tu sampai mati.

Pernah tak ada orang cakap dengan korang, dan kata-kata dia tu terpahat dalam fikiran korang dan sampai bila-bila pun korang tak dapat lupakan kata-kata tu?

Entry kali ni, aku saja nak share dengan korang semua tentang kata-kata yang orang pernah ucapkan kepada aku, dan sampai sekarang kata-kata tu masih lagi terpahat dalam ingatan aku. Kadang-kadang tanpa aku sedar, aku mesti teringat secara tiba-tiba kata-kata ni, padahal aku tak de niat nak ingat balik. Just nak share ngan korang. Aku akan listkan kata-kata yang aku pernah dengar dan sehingga kini aku masih lagi ingat.


"Ayah tak kisah abang bodoh dalam pelajaran, tapi ayah nak abang jadi orang yang baik."
- Ayah aku

"Ayah suruh abang ikut ayah kerja ni sebab ayah nak bagi abang rasa susahnya kerja ayah ni. Biar satu hari nanti abang tak nak rasa susah macam ayah ni. Ayah nak abang berjaya."
- Ayah aku

"Jagan sekali-kali lewatkan solat. Macam mana Allah nak kabulkan doa abang dengan cepat kalau abang lewat-lewatkan solat?"
- Mak aku

"Mak tak kisah kalau abang nak keluar malam dengan kawan-kawan. Tapi satu je pesan mak, jangan merempit!"
- Mak aku

"Terima kasih bang sebab abang dah buat mak dengan ayah rasa bangga dengan abang."
-Mak aku

"Bang, jimat-jimat pakai duit."
-Mak aku

"Ingat mir, mak dengan ayah ko kerja keras nak sekolahkan ko ngan adik-adik."
-Nenek aku

"Belum pernah ada ketua pengawas sekolah kita ni yang dapat masuk U. Aku tak nak ko pun tak dapat masuk U. Belajar rajin-rajin mir."
- Cikgu BM 2 Form 6 aku

"Belum pernah ada pelajar lepasan Tingkatan 6 sekolah kita ambik kursus undang-undang di mana-mana universiti. Saya cabar batch kali ni ada wakil untuk ambik kursus undang-undang di universiti nanti."
- Cikgu BM 1 Form 6 aku

"Benda yang paling susah untuk kita ingat ialah muka kita waktu kita kecik-kecik dulu."
- Cikgu Sejarah 2 Form 6 aku

"Waimah...."
- Cikgu Pengajian Am 1 Form 6 aku

"Banyak baca banyak lupa, sikit baca sikit lupa, tak baca tak lupa."
- Lecture Asas Keushawanan aku

"Sayang janji sayang takkan tinggalkan abang."
- First love aku

Ok! Setakat ni je kot yang aku ingat buat masa ni. Thanks for reading. Sekadar nak share. Kalau korang ada gak kata-kata yang korang masih segar dalam ingatan, boleh la drop kat komen. Sekadar bekongsi.

Kerana cinta, sanggup babikan emak sendiri.

Dimulakan dengan Bismillah..

Entry kali ni pulak aku nak story kat korang semua tentang 1 kisah benar yang berlaku waktu aku sekolah menengah dulu. Kejadian ni betul-betul berlaku. Kisah di mana seorang budak sekolah, sanggup mengatakan mak dia babi kerana cinta.

Pertama sekali, maaf kalau entry kali ni aku gunakan perkataan yang sangat kasar, tetapi tu la realitinya yang berlaku dengan bersaksikan mata aku.

OK! Kisahnya macam ni. Masa aku sekolah menengah dulu, sekolah aku ni gunakan sistem 2 sesi. Ada kelas pagi dan kelas petang. Kelas yang kami gunakan tu, pagi kelas kami la, tapi petang kelas tingkatan 2 yang pakai kelas kami tu. Satu hari tu, kawan aku terjumpa 1 buku kat bawah meja dia. Buku tu budak kelas petang punya. Tertinggal la tu kot. So member aku ni pun tengok-tengok la buku tu. Buku tu macam diari. Sekali cek-cek lagi, rupa-rupanya buku tu seperti surat cinta, di mana dalam buku tu digunakan oleh dua orang. Yang kami pasti seorang yang guna laki, dan seorang perempuan. Memang macam surat cinta pun sebab bila sorang tulis, sorang lagi akan balas, dan seterusnya. Kami pasti mereka akan jumpa sekali sekala untuk passing buku tu.

Lepas tu member aku ni pun panggil la budak-budak laki kelas kami ni  nak tunjuk buku tu kat kami. So kami ni kumpul la ramai-ramai nak tengok. Sebab kami ni pantang jumpa surat-surat cinta ni. Sebab nak buat bahan gelak je. Kadang-kadang seronok tengok ayat-ayat orang bercinta ni. Rasa kelakar pulak. Pulak tu buku tu budak tingkatan 2 punya. Budak-budak baru nak naik. Nak tau gak perihal budak-budak baru nak naik ni bercinta macam mana.

Kami pun baca la buku tu dari helaian demi helaian. Sambil kami baca, kami gelak-gelak sebab tak tahan dengan ayat-ayat jiwang dalam buku tu. Mana tak nya, baru tingkatan 2, ayat-ayatnya dah macam orang dah tak sabar sangat nak kawin. Memang kami bantai gelak jelah baca buku tu. Kami pun terus la baca helaian demi helaian dan gelak-gelak.

Tapi bila sampai satu page tu, kami semua tersentak dengan apa yang ditulis oleh budak perempuan tu. Dia tulis untuk boyfren dia pasal mak dia tak bagi dia keluar rumah, mak dia mintak tolong buat kerja rumah. Dia pun luahkan la perasaan kat boyfren dia yang dia geram dengan mak dia sebab suruh buat kerja dan tak bagi dia keluar rumah. Pada hujung ayat tersebut budak perempuan tu ada tulis "MAK NI MEMANG BABI LA!" Kami terkejut, tersentak dengan apa yang ditulis budak perempuan tu. Berkali-kali dia ulang-ulang mengatakan mak dia babi dan dia geram dengan mak dia. Siap cakap suruh mak dia pegi mati lagi.

Tadi kami gelak-gelak, tapi sekarang kami jadi marah gila. Sanggup dia kata mak dia sendiri babi. Baru tingkatan 2 tu, dah pandai nak maki mak sendiri. Nak suruh mak dia pegi mati. Dah pandai nak hidup sendiri konon. Nak hidup dengan boyfren je, tak perlukan hidup dengan emak lagi katanya. Yang boyfren dia pun satu spesis bodoh bangang jugak, pegi layankan jugak perempuan tu. Kalau aku, perempuan kurang ajar macam tu, dah lama aku tinggal. Tapi sebelum tu, bagi kaki dulu baru puas hati. Kerana cinta dia kat boyfren dia sanggup kata mak dia macam tu. Nak hidup dengan boyfren katanya, sebab rimas duduk kat rumah ngadap muka mak sendiri.

Eh budak! Kalau ko sayang sangat dengan boyfren ko tu sampai ko babikan mak ko, nanti 1 hari ko mengandungkan anak luar nikah, boyfren ko ada nak tolong ko? Takde nye. Mak ko yang ko babikan tu jugak yang nolong ko, tanggung malu dek kerana ko nanti. Ko kena ingat, syurga tu di bawah tapak kaki ibu. Boyfren ko tu akan bawak ko pegi neraka je tau tak?

Kami yang geram sangat dah rasa macam nak meletup ni pun bercadang nak cari budak tu kat sesi petang. Kalau dapat memang kami nak tampar je terus, takde bagi peluang langsung. Baru tingkatan 2 dah pandai nak kata mak sendiri macam tu. Kerana cinta, sanggup babikan mak sendiri. Tapi kami buat keputusan, biar la pihak sekolah yang uruskan hal ni dan cari budak tu siapa. Kami pun serahkan buku tu pada cikgu. Kami tak tau siapa budak tu dan kami pun tak nak ambik tau dan cari dia sebab kalau kami tau, memang lunyai budak tu kami kerjakan. So, kami tak nak ambik tau dan biarkan sekolah yang urus. Mudah-mudahan budak tu dah kena hukum dengan pihak sekolah dan dia bertaubat.

Kawan-kawan, apa yang aku ceritakan tadi adalah kisah benar yang berlaku terhadap remaja yang terjebak dengan dunia percintaan ni. Tu salah satu yang aku jumpa. Korang pun ada dengar jugak kan kat berita ke, kat mana-mana ke, kerana cinta, sanggup lari rumah. Kerana cinta, sampai mengandungkan anak luar nikah, dan macam-macam hal buruk lagi yang berlaku kerana cinta. Janganlah kerana cinta, kita rosakkan diri kita sendiri. Jangan kerana cinta, kita derhaka pada ibu bapa. Jangan kerana cinta, kita lalai dan sanggup menconteng arang ke muka ibu bapa kita. Cinta kepada ibu bapa lah yang membawa kita ke syurga.

Cintailah ibu bapa kita.

Semakin kita dewasa, semakin kita menjauhi ibu bapa.

Dimulakan dengan Bismillah.

Entry kali ni aku nak buat kelainan sikit. Aku nak menjalankan satu eksperimen. Eksperimen apa? Eksperimen berdasarkan hipotesis "Semakin kita dewasa, semakin kita menjauhi ibu bapa". Sedang korang baca entry ni, silalah bayangkan mak ayah korang untuk kita dapat penghayatan.

Ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak ayah la tempat kita mengadu. Masa kecik, kita sangat rapat dengan mak ayah. Masa suka, masa duka, kita akan bersama mak ayah kita. Satu hari tu, kita main kejar-kejar dengan kawan. Kita lari lari lari dan lari, tiba tiba kita tersandung dan jatuh. Kita sakit, lutut berdarah, kita menangis. Bila dah sakit, kita menangis jumpa mak. Mak pun dengan risau tanya kenapa. Kita pun datang kat mak, peluk mak, cakap tadi jatuh, lutut berdarah. Mak pun peluk kita jugak nak pujuk kita. Lepas tu mak sapu ubat kat lutut kita. Betapa sayangnya mak kat kita. Kalau main dengan kawan tu, bila kita buat salah kat kawan, kawan pun cakap "aku tak nak kawan dengan ko lagi!" Kita pun sedih sebab kawan dah tak nak kawan dengan kita. Kita jumpa mak, kita mengadu. Kita buat muka sedih depan mak. Mak pun tanya kenapa. Kita pun jawab "Mak, dia tak nak kawan dengan kita." Mak pun peluk kita nak pujuk kita. Bila mak peluk tu, kesedihan kita pun hilang.

Bila ayah nak keluar je, kita mesti tanya "ayah nak pegi mana?" Pantang kalau kita nampak ayah nak keluar. Bila ayah cakap je nak pegi kedai, kita mesti nak ikut. Kalau ayah tak bagi, kita mesti merajuk. Last-last ayah pun mengalah. Ayah bagi ikut. Sampai je kat kedai, kita mintak macam-macam. Nak mainan la, nak jajan la, nak tu la, nak ni la. Ayah pun belikan. Kita pun cakap kat ayah terima kasih. Ayah ajar kalau orang bagi kat kita sesuatu, ucap terima kasih. Sebab tanda kita menghargai pemberian orang.



Bila kita dah masuk sekolah menengah, masa tu la kita mula jauh dari mak ayah kita. Time tu la kita mula ada rasa kononnya kita dah dewasa, tak perlu lagi nak bergantung sangat dengan mak ayah. Nak belajar berdikari. Tapi kita tak sedar yang ayah dengan mak kerja kuat nak sekolahkan kita. Bayar yuran sekolah, bagi duit saku. Kita dah belagak cakap yang kita nak berdikari. Memang mak ayah ajar kita supaya berdikari, tapi jangan nak belagak yang kita mampu buat semua. Kalau tak kerana ayah dengan mak yang kerja kuat, kita tak mampu nak sekolah. Start sekolah menengah la, ego kita kat mak ayah mula menebal. Start tu jugak kita dah mula mengenal 'cinta monyet'. Kerana cinta la kita semakin jauh dengan mak ayah kita. Start dari sekolah menengah sampai kita besar, semakin hari kita semakin jauh dari mak ayah kita. Ego kita pun dah makin menebal. Punca utama sebab kita dah pandai untuk bercinta.

Bila kita dah pandai bercinta, kita lalai dengan dunia remaja kita. Kita dah mula lupa dengan mak ayah. Kalau ada berita gembira atau sedih je, kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita dah ada pendengar setia yang baru. Pakwe atau makwe kita. Satu hari tu kita de masalah dengan kawan, kita bermasam muka dengan kawan. Kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita ngadu kat pakwe or makwe. Kita dah lupa dah masa kecik-kecik dulu bila kita sedih, kita mesti ngadu kat mak ayah kita. Kononnya, dah besar. Tak perlukan lagi ngadu kat mak ayah. Kalau kita lagi sedih, kita menangis depan pakwe. Pakwe pun pujuk kita. Dia peluk kita, usap-usap kepala kita. Masa tu kita tak pikir pun dosa pahala. Kita dah lupa dulu masa kecik-kecik bila kita sedih, mak la yang peluk kita. Kalau sekarang kita nak peluk mak ayah kita, kita malu. Kita dah besar. Malu nak menangis depan mak ayah kita. Malu nak mintak mak peluk kita.

Bila result exam baik, dapat tawaran masuk U, kita happy. Happy sebab dapat masuk U. Bagi tau kat mak ayah. Mak ayah happy. Ucap tahniah kat kita. Tapi kita tak pernah pun ucap terima kasih kat mak ayah kita sebab kita dapat masuk U ni pun hasil kerja keras mereka yang membolehkan mak ayah hantar kita pegi sekolah. Apa yang kita pikir kita masuk U ni pun sebab usaha kita yang belajar bersungguh-sungguh. Kita tak pikir pun kalau tak kerana kerja keras mak ayah, kita tak akan kenal apa tu sekolah. Lepas dapat result masuk U je, kita tak penah pun nak celebrate dengan mak ayah kita. Kita celebrate dengan pakwe or makwe kita. Sebab nak share rasa happy ni. Kita tak pernah pun nak celebrate dan share rasa happy ni dengan mak ayah kita. Lagipun nak celebrate puas-puas dengan pakwe or makwe sebab lepas ni nak masuk U. Dah susah nak jumpa lagi. Kita tak pernah pikir pun lepas ni kita nak berpisah dengan mak ayah kita. Apa yang ada dalam otak kita, lepas ni nak berpisah dengan pakwe or makwe. Nak habiskan masa puas-puas dengan pakwe or makwe.

Bila dah dekat tarikh nak masuk U tu, kita mula sedih. Sedih sebab nak tinggalkan pakwe or makwe. Kita tak rasa sedih pun sebab nak tinggalkan mak ayah. Yelah, sebab mak ayah suka berleter. Kalau masuk U, rasa bebas pulak. Takde sapa nak marah buat tu, buat ni. Tak dengar lagi mak ayah berleter. Bila pakwe or makwe berleter kat kita, kita boleh tau pulak yang dia marah sebab dia sayang sangat kat kita. Siap mintak maaf lagi janji tak buat lagi. Tapi bila mak ayah marah, kita marah balik. Kita pandai nak menjawab, membantah. Lepas tu kita merajuk. Masuk bilik hempas pintu kuat-kuat. Konon nak tunjuk kita pun ada perasaan dan boleh marah jugak. Kita tak sedar kalau kita buat macam tu dah jatuh hukum derhaka. Dia marah sebab sayang, risau kat kita. Tak nak anak dia buat benda-benda tak elok or tak nak kita dalam bahaya. Tapi kita tak pernah cuba nak faham. Apa yang kita pikir, perasaan kita je. Tak pernah nak pikir perasaan mak ayah. Kita ni pentingkan diri sendiri.

Bila dah kat U, kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Apa yang kita rindu, pakwe or makwe kita. Rindu saat-saat manis bersama si dia. Tak pernah nak bayangkan saat-saat manis dengan mak ayah kita. Kita tak pernah jemu belek hari-hari album kita dengan pakwe or makwe kita dalam laptop or henset. Gambar mak ayah ada sikit je. Tak pun tak pernah ada langsung. Apa yang penuh gambar pakwe or makwe kita. Siap buat wallpaper lagi. Tapi kita tak sedar betapa rindunya mak ayah kita kat kita. Sebab tu dia kerap call kita bertanyakan khabar kita. Tapi kita jarang sangat call mak ayah kita. Mak ayah je yang biasa call. Kalau kita call mak ayah pun sebab nak mintak duit je. Tapi dengan pakwe or makwe, selalu kita call dia. Dah la henset tak pernah lepas dari tangan. Kalau boleh nak mesej 24 jam. Tapi tetap tak puas gak kalau tak dengar suara dia. Rindu kat dia. Rindu nak jumpa dia. Kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Kalau kita ada pakwe or makwe belajar kat U yang sama, pun macam tu jugak. Dah la jumpa hari-hari. Tapi masih nak mesej or call jugak. Tak puas jumpa tadi, nak mesej or call lagi. Dengan mak ayah, kita lupa. Kita lupakan mak ayah sebab cinta. Cinta sejati katanya. Sejati ke kalau kita sampai lupa mak ayah kita?

Bila cuti sem je, kita tak sabar nak balik rumah. Sebabnya boleh jumpa pakwe or makwe kat kampung. Kita tak rasa gembira pun sebab balik dapat jumpa mak ayah kita. Mak ayah kita happy sangat-sangat sebab tak sabar nak jumpa kita. Tapi kita lagi tak sabar nak jumpa pakwe or makwe kita. Kalau pakwe or makwe kita belajar kat U yang sama, kita rasa sedih. Sedih sebab cuti tak dapat nak jumpa pakwe or makwe kita. Kita tak pernah rasa happy sebab dapat balik jumpa mak dengan ayah kita. Lepas tu kita sedih sebab nanti balik mak ayah suruh buat macam-macam. Kemas rumah, jaga adik, kena leter dan macam-macam lagi.

Dalam usia yang muda macam ni, banyak dah dosa yang kita dah buat kat mak ayah kita. Apatah lagi bila kita dah dewasa kelak. Kita sibuk dengan dunia pekerjaan kita sehingga abaikan mereka. Bila kita sendiri dah berkeluarga, lagi la kita akan jauh daripada mereka.

Cuba kita renung-renungkan. Dari kita kecik sampai la besar, berapa banyak dosa kita dah buat kat mak ayah kita. Kalau kita pernah buat baik kat mak ayah kita pun, berapa la sangat kalau nak dibanding dengan dosa kita kat mak ayah kita. Kebaikan yang kita buat pun, tak kan mampu untuk membalas jasa mak ayah kita yang sanggup bekorban untuk menjadikan kita sebagai manusia yang berguna.

Bayangkan kalau satu hari nanti kita lalai dengan dunia kita, kita dapat satu panggilan yang menyatakan mak ayah kita dah pergi untuk selama-lamanya. Bila balik rumah, terbujur tubuh mak ayah kita dah tak bernyawa. Mak ayah pergi buat selamanya. Mak ayah pergi selepas menyelesaikan amanah mereka untuk mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Kini mak dengan ayah boleh pergi dengan tenang. Tapi kita sempat ke tunaikan amanah kita terhadap ibu bapa kita? Kita banyak buat dosa kat mak ayah kita. Sempat ke nak mohon ampun daripada mak ayah kita? Waktu tu pun, kita dah tak sempat nak tunjukkan rasa sayang kita kat mak ayah kita. Mak ayah terpejam lena.

"Mak, ayah, nampak tak kita mandikan jenazah mak ayah?"
"Mak, ayah, nampak tak kita jadi imam hari tu untuk sembahyangkan mak ayah?"
"Mak, ayah, kita sayang sangat kat mak ayah. Mak, ayah, dengar tak kita cakap?"
"Mak, ayah, kita dah lama tak peluk dan cium mak ayah. Hari ni baru kita dapat rasa peluk mak ayah macam kita kecik-kecik dulu. Tapi kenapa tubuh mak ayah tak hangat lagi macam dulu?"
"Mak, ayah, nampak tak kita hantar mak ayah ke kubur untuk disemadikan buat selamanya?"


Sekian....


Entry ini aku tulis bukan untuk aku mengutuk sesiapa pun. Sama-sama la kita muhasabah diri kita. Aku sendiri pun banyak buat dosa kat mak ngan ayah aku. Masih belum terlambat kita nak berubah sementara mereka masih lagi bernyawa. Nyatakan la rasa kasih dan sayang anda pada mereka sementara mereka masih boleh mendengar. Berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih lagi bernyawa. Janganlah kita menyayangi orang lain, lebih daripada menyayangi mereka.

"Saya suka awak. Boleh kita couple?"

"Saya suka awak. Boleh kita couple?"
"Bila kita nak couple?"
"Nak couple dengan awak boleh?"

Sebagai seorang student sekolah menengah dulu, yang masih tak matang lagi, mesti kita akan terbiasa dengar perkataan-perkataan macam ni? Ni masa awal-awal baru belajar nak ngurat la. Agak jahil sikit bab mengurat ni masa mula-mula. Baru rapat dan kenal sorang perempuan ni, kononnya dia pun suka kat kita dan boleh couple. Sekali kene reject la. Serik! Tak nak guna taktik macam tu lagi. Bila kononnya dah pro sikit, cari mangsa lain pulak dan biasa pulak kita dengar macam ni :

"Saya nak mengenali awak dengan lebih rapat lagi boleh?"

Taktik ni agak halus sikit. kononnya nak berkawan rapat, tapi ada maksud lain. Tak henti-henti nak cuba gembirakan dia, buat dia suka kat kita, bagi hadiah la, dan segala taktik lagi untuk menawan hati dia. Bila kita nampak dia macam suka dengan kita, kita pun cuba meluah perasaan kat dia. Kene reject jugak. Alasan dia "saya anggap awak kawan baik je." Dah tertonggeng lagi.

Cari lagi mangsa lain. Ok! Kali ni tak nak cuba luah perasaan. Mula-mula kenal, bila dah rapat, guna ayat macam ni pulak :

"Saya nak jadi abang angkat awak boleh tak?"

Lebih kurang sama jugak ayat ni. Mula-mula kenal, bila dah rapat, nak main angkat-angkat pulak. Dalam hati tetap ada niat yang sama, nak ngurat si dia tu.

Budak-budak sekolah, biasa la. Tak pikir apa pun. Jumpa perempuan lawa sikit, comel sikit, nak ngurat.

Bila diingat-ingat zaman persekolahan, kenangan kita dan kawan-kawan kita masa baru nak belajar-belajar ngurat, mesti buat kita ketawa. Sebenarnya point kat sini adalah, kita sebagai manusia, pasti akan sering melalui situasi yang baru dalam kehidupan kita. Daripada jahil, kita jadi semakin pandai. Tak kira la, apa sekalipun situasi tu, kita perlukan pembelajaran dan pemerhatian untuk menjadikan kita lebih mahir. Sebagai contoh, dalam lapangan kerjaya, pembelajaran dan sebagainya.

Rabu, 10 Ogos 2011

di mana hati ini???

Kau memulai semuanya
Saat lama ku tak pernah merasanya
Cinta ini untuk engkau
Namun mengapa kini kebalikannya


Dimanakah kini letak kau punya hati
Yang dulu selalu gencar menembus sepi
Haruskah ku mati ‘tuk hilang rasa ini
Tak akan tak lagi cukup hanya sekali
Bercinta…
Denganmu…

Kini engkau telah pergi
Membawa semua yang dulu ku miliki
Tak tersisa untuk aku
Sedikit cinta yang dulu ‘tuk diriku


Dimanakah kini letak kau punya hati
Yang dulu selalu gencar menembus sepi
Haruskah ku mati ‘tuk hilang rasa ini
Tak akan tak lagi cukup hanya sekali
Bercinta…
Denganmu…

Isnin, 8 Ogos 2011

lukisan copy


motivasi diri....

"ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi" tak semestinya belajar tinggi buat degree,diploma dan master semua,boleh jadi orang???hanya ilmu dijalanan aku dapat kenal erti duniawi yng sebenarnnya...

Khamis, 4 Ogos 2011

aku bosan2.......

setiap pagi aku bagun bermula dengan hari yang cukup membosankan kerana aku tak jumpa apa yang aku mahukan..Disebelah petang pula aku terpaksa melayan pelbagai cara,gaya dan "Peel" manusia...Walaupun aku suka bekerja berhadapan dengan manusia tetapi adakalnya agak membosankan dan terpaksa menjadi "hipo" kerana lagk diorang,aku tak suka kerjanya dengan mesin kerana ak bukan sakit mental nak berborak dengan mesin...huhuhuhu   

orang cakap..


disaatku merenung matanya ku rebah jatuh ke bumi,disaat kau benar2 mau pergi kubgai bernafas dalam air...
adakh perasan benci ini sebenarnya cinta???inilah pusingan roda yang aku paling2 menyesal bila dia pergi meninggalkan aku...dah dua tahun kami putus...dah lama kot tapi nak melupakan dia agak payah,kadang2 teringat kat die ibarat pokok balak menghempap kepalaku..sesak nafasku bila teringat kisah dua tahun lepas tapi aku couple ngan die pon sebab die baru pas clash ngan BF die,ibarat aku pengubat dan racun bagi dia...kenapa aku tak bersyukur ddengan apa yang aku ada,aku dah ada seorang wanita yang sanggup bersusah berpayah ngan selama dua tahun tapi aku masih memikir dia yang dah lupakan dan ada pengantiyang baru tak pernah mengingatkan aku..sedih je rase tapi aku takkehilangan MUTIARA yang dah ada sekarang,aku perlu jaga dan semai...........YA ALLAH,lindungilah hambamu ini dari hati yang tamak...dari nafsu yang tak pernah puas dan pikiran yang negatif...AMIN YA RABBAL ALAMIN....

Selasa, 2 Ogos 2011

semakin hari yang u lalui..

"hanya kerna kau yang cukup indah untuk dimiliki dan tuk dicintai,
ku tahu kau mahu ada di hati untuk didampingi utk disayangi.....

Rabu, 27 Julai 2011

MALAYSIA VS SINGAPORE

Semoga pemain-pemain malaysia berusaha dengan lebih keras lagi...MALAYSIA BOLEH

HIDUP UNTUK KERJA ATAU KERJA UNTUK HIDUP

malam tdi aku mimpi psal duit,kerja dan harta...dalam mimpi tu,adalah seseorang nie ckap ngan aku "ko hidup dalam nie skali je kan???aku nk bg ko peluang utk hidup dalam dunia nie..hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup...ko PK la SENDIRI....!!!!!""apakah meaning mimpi tu?????aku rasa tercabar.....

Isnin, 25 Julai 2011

Penyesalan sehingga mati

bila bukak blog je ade muka die,ble bkak Fb pon ade muke die...
setiap mse aku di  byangi WAJAH die...smpai Ble???tak lme lagi mau m'dirikan rumahtangga,aku terpukul ble terserempak ngan die ari tu tp aku wat2 tak nampak...aku takut menguriskan hati bakal isteriku nanti,aku ingat die tak nampak aku..selang dua hari lepas tu die mesej aku,namun aku takde rezeki kerana bakal isteriku yang memegang telefonku pada waktu itu..Ble aku cuba hubungi die,die xpanh angkat dan membalas segala panggilan telefon mahu pun SMS..walaupun aku pernah m'kianati CINTA die,aku ingin menebus segala kesalahanku yang lampau yang telah aku lakukan padakau...mungkin ini nukilan terakhirku......
AKU MASIH MENUNGGU KAU...


Yang Amat Mulia
Dato' Seri Paduka XXXXX

koleksi kameraku

koleksi kameraku

cantik x???

cantik x???