ARSENAL

ARSENAL

Rabu, 24 Ogos 2011

Belajar Sejarah Sebenar Kita 03


JOM SOROTI SEJARAH siri 03

Siri 03 – Deklarasi Balfour



Zionis mula merasakan bahawa matlamat mereka untuk menubuhkan negara Yahudi di Palestin semakin cerah sebaik sahaja British berjaya merampas Palestin dari kekuasaan Turki Uthmaniyyah. Maka lanjutan dari peristiwa tersebut, pelbagai helah mula dicanang dan direka agar penguasaan Palestin dapat dilakukan dengan penuh licik dan berkesan.

Anda harus lihat semua perancangan ini ibarat sedang benar-benar menonton filem, plot-plot yang direka sesuai dengan kehendak semasa supaya masyarakat dunia dikaburi dengan matlamat sebenar ‘pengarah’ filem ini – si Zionis+sekutunya.

(Buat sesiapa yang belum menghadam siri 01 + 02, mohon telaah tajuk tersebut atau anda mungkin tidak dapat menghayati sepenuhnya filem sejarah ‘blockbuster’ ini)

1. Ketika mana British mengambil alih Palestin, penduduk Yahudi hanya berjumlah kira-kira 60,000 orang bersamaan 10% dari penduduk keseluruhan.

2. Objektif/matlamat utama Zionis ialah menubuhkan bagi yahudisebuah Negara yang sah secara umum dan legal di Palestin. Persoalan lantas timbul, mana mungkin Negara Yahudi wujud dengan bangsa Arab majoriti penduduknya? Pasti tempang plot cerita ini. Dan kita semua maklum dari awal lagi plot drama ini berlansung, British sememangnya sehaluan dengan objektif-objektif Zionis.

3. Lantas kerajaan British telah meluluskan satu deklarasi yang terkenal di dalam sejarah iaitu ‘Deklarasi Balfour’. Tujuan adalah untuk menggalakkan bangsa Yahudi di Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin secara besar-besaran.

4. Deklarasi Balfour ini sebenarnya ialah sepucuk surat yang dikemukakan oleh Author Balfour yang merupakan Setiausaha Luar Kerajaan British kepada Lord Rothschild yang merupakan tokoh dan penaja kepada gerakan Zionis selepas mendapat restu Perdana Menteri Britain, George Lloyd dan diluluskan oleh kabinet Britain.

 
Ini adalah watak-watak penting dalam menjayakan Deklarasi Balfour


• Surat yang ditulis pada 2 November 1917, sejurus British mamasuki Baitul Maqdis:

Saya merasa amat sukacita di dalam menyampaikan, bagi pihak kerajaan (British), pernyataan simpati terhadap aspirasi Yahudi Zionis yang telah dikemukakan dan diluluskan oleh kabinet. Kerajaan berpandangan menyokong pembentukkan di Palestin sebuah negeri bagi penduduk Yahudi, dan akan berusaha sedaya mungkin untuk merealisasikan hasrat ini, dengan kefahaman tiada sesuatu dilakukan yang akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan masyarakat bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak dan status politik yang dinikmati oleh orang Yahudi di Negara lain. Saya amat berbesar hati jika deklarasi ini dibawa ke pengetahuan Pertubuhan Zionis.”
Yang benar
Arthur Balfour

5. Ini bukti jelas penglibatan Britain di dalam merealisasikan cita-cita Zionis di Palestin.

Adakah ada terlintas di benak anda, MENGAPA British begitu bersungguh-sungguh untuk membantu Zionis dalam memastikan pembentukkan Negara Yahudi di Palestin tercapai?

Mengapa tidak British sahaja yang menguasai Palestin dan mengaut segala hasil bumi yang diberkati lagi subur ini?
Nah baguslah jika anda mewujudkan persoalan itu di minda anda kerna kita akan dedahkan lebih lagi perkara pokok yang mendorong British bertindak sedemikian di siri AKAN DATANG.

Rujukan: ISRAEL- kenapa dunia tidak boleh mengiktirafnya, karya PM Dr Hafidzi Mohd Noor

 
warkah Author Balfour

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

koleksi kameraku

koleksi kameraku

cantik x???

cantik x???