ARSENAL

ARSENAL

Rabu, 24 Ogos 2011

JOM SOROTI SEJARAH siri 02
Siri 02 – Mandat British

Sebelum bermula, buat siapa yang belum meredam diri dengan siri yang pertama, mohon semak siri ke-1 (Perang Dunia Pertama) dan baca. Ianya penting untuk anda nampak dengan jelasflow atau corak yang berlaku sebelum meneruskan ke siri ke-2. Terima kasih.

Gabungan Bavarian (Turki,Jerman,Austria) telah mengalami kekalahan di mana Kuasa Berikat(British,Perancis dan Rusia) merayakan kemenangan dan lebih menyedihkan lagi mereka telah menerobos masuk ke Tanah suci Palestin dan mencemar kesucian Al-Aqsa. Sila soroti peristiwa di bawah ini:

1. Perkara PERTAMA yang Kuasa Berikat buat selepas menundukkan Kuasa Bavarian ialah membentuk apa yang dikenali sebagai mandat (mandate) bertujuan untuk mengambi alih ‘tanah-tanah jajahan’ Jerman dan Turki yang ditawan semasa peperangan.

2. Sistem mandat dibentuk pada tahun 1919, yakni 2 tahun selepas British memasuki Baitul Maqdis dan berjalan di bawah pengawasan Liga Bangsa-Bangsa (League of Nation) sebelum diteruskan oleh PBB selepas Perang Dunia ke-2 (WW2).

3. Walaupun pengawasan ‘tanah-tanah jajahan’ ini adalah dibawah Liga Bangsa-Bangsa,NAMUNsecara realitinya Kuasa Berikatlah yang menguasai wilayah tersebut. Palestin dan Iraq diletakkan di bawah mandat British manakala Syria diletak dibawah mandat Perancis.)

Pecahan negara jajahan Bersekutu

4. Pada masa yang sama, kekalahan Turki Uthmaniyyah dan kelahiran sistem mandatmerupakan saat-saat yang ditunggu oleh Zionis dalam usaha untuk menubuhkan Negara Yahudi yang merdeka dan berdaulat.

 Siapa Zionis ? – gerakan Zionis Yahudi bermula dengan rasminya pada tahun 1897 di Basle, yakni22 tahun sebelum British berjaya memasuki Baitul Maqdis. Pengerusi pertamanya ialah Theodor Herzl. Matlamat pertubuhan ini dapat digambarkan melalui petikan ini:

Inilah dia Theodor Herzl

5. Kenapa Zionis begitu menunggu saat kejatuhan khilafah? Kerna usaha awal mereka untuk membeli Palestin dari kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak Berjaya. NAMUN, sinar harapan muncul kembali untuk merealisasikan impian mereka selepas British merampas Palestin pada 1917.

Jadi dari siri ke-2 yang ringkas ini, ternyata British memperoleh kelebihan dengan menguasai Palestin dan pasti persoalan dan plot yang lebih menarik akan menyusul pada siri yang akan datang. Adakah British senang-senang mahu menyerahkan jajahan mereka pada Zionis? Nantikan.

Rujukan: ISRAEL- kenapa dunia tidak boleh mengiktirafnya, karya PM Dr Hafidzi Mohd Noor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

koleksi kameraku

koleksi kameraku

cantik x???

cantik x???